Assalamua'laikum.. secebis
peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...
Persoalan mungkin,
ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya
menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah
dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan.
Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan
terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat
(percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas
pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana
:
1. Belum mengetahui
batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun
belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun
tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan
memahami, namun tergelincir kerana lalai.
Kita mungkin sibuk
menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun
dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front
Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak
fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!
Seorang ustaz bercerita
bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, Ustaz, dulu saya respect
pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga
pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi
tak segan lagi.
Ungkapan aktivis sekular
di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya.
Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah
lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan
keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat
istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan
Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan
Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang
mengatakan,Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati. Maka jangan
kita ikuti seruan yang mengatakan, Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting
kena jaga hati! Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang
tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat
sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak
alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak berbungkus.
2. Couple
Duduk berdua di
taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform
rasmi yang bernama ˜meeting ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan
masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini
kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang
Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah
langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. Chop awal2 Untuk
berkahwin
"Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti
diambil orang." Akhawat belum tamat belajar sehingga 'dichop' seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan,
padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan
boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar,
malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam
sendiri melarang kita daripada 'chop awal' atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ˜kalau
rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan
urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru,
mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan
sampah kemaksiatan.
4. Telefon Tidak
"Urgent"
Menelefon dan berborak
tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau
soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan
perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa
akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei,
ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam
yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan
teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku
5. SMS Tidak
"Urgent"
Saling berchatting via SMS
mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da'wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan
bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati.
SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan
berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan
berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa
kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan
dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah
dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si
lelaki pula. Jadilah mukmin yang gentleman dengan menghormati perempuan
mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang
bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa
depan.
7. Yahoo
Messenger/Chatting Yang Tidak "Urgent"
YM adalah termasuk satu
kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun
menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus
pada da'wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.
Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali
dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana
yang ketiganya ialah syaitan." (HR. Ahmad)
Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan
Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah
kepada kita bahawa pergaulan atau "ikhtilat" di antara lelaki dan
wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali
dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas
pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana "ikhtilat" yang melanggar
batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam
kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu
sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang
membawa mereka ke syurga.
Bukankah sekiranya kita
sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh
syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang
natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi
letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan
akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu
masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang
kita adakan hari ini. Wallahua'alam.
0 Comments:
Post a Comment