alhamdulillah..sekurang2 dakwah dgn foto sedikit sbyk mendapat kejayaan..beberapa org wanita sudah mula berniqab..siap msj kat ambe ucap tima kasih..siap bagi tahu sekarang dah bertaubat & mula tutup aurat..ada juga yg tanya kat mana nak beli niqab..ada yg jumpa wife ambe nak belajar cara pakai niqab..
uslub dakwah kena berubah mcm Almarhum Al_Ustaz Hassan Al-Banna masuk ke kelab malam dan bar berjumpa perempuan2 yg separuh bogel dgn niat mengembalikan mereka ke jalan yg benar..
ramai sangat sekarang ini yg letak gambar wanita2 yg mendedahkan aurat dalam internet..ambe cuba nak betulkan fenomena yg tidak sihat ni..dgn mengetengahkan gambar2 menutup aurat..ramai jurufoto yg telah sedar kesilapan mereka kerana gambar yg cantik tak semestinya mendedahkan aurat..kalau tutup aurat pun tetap cantik..
foto ni bukan tersalah letak tp disengajakan dgn pengetahuan empunya diri..
***********************
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)
0 Comments:
Post a Comment