Assalamualaikum..
awak yang selalu saya rindui.. apa khabar ?
harap awak selalulah dalam keadaan baik..
dan sentiasa dalam rahmat Allah swt..
saya tak tahu nak mulakan dimana..
dan tak tahu cakap macam mana..
kerana perasaan yang terkandung dalam hati ni
saya pendam terlalu lama
menanti masa yang sesuai untuk sampaikan pada awak
tapi sayangnya.. semua ini takdir Allah
dan saya selalu tabahkan hati menerima ketentuan ini
dengan penuh rasa syukur dan hati terbuka..
biarlah tulisan ini mewakili hati dan perasaan saya
kerana disisi saya, saya tiada siapa pun yang hendak saya luahkan
memang saya akui, pena cyber ini lah luahan hati saya yang sebenar
saya selalu menyibukkan diri dengan pelbagai tugasan
saya buat semua ni semata-mata nak lupakan beban hati yang saya tanggung selama
ni..
lagipun saya seorang wanita..
dan rasanya terlalu segan untuk berbicara soal hati
baik dengan teman sekerja, sekalipun teman rapat..
harap-harap, bila tulisan ini berakhir..
akan hilanglah segala beban hati saya ni
awak,
bolehkah awak mendengar rasa rindu dihati saya ni ?
saya rasa perasaan ini dah sampai ke hujung benua..
tapi awak masih sunyi dan tidak berkata walau sepatah pun..
tahukah awak saya begitu menginginkan untuk awak berada disamping saya
dan mendengar dengan penuh hati tentang kata rindu saya ini ?
0 Comments:
Post a Comment