16 ZULQAEDAH-14 OKT 2011- perginya seorang guru yang tercinta... semoga rohnya ditempatkan di kalangan penghuni syurga.. aku tabah dengan pemergiannya menyahut seruan ILLAHI... daripadaNYA kita datang, kpdNYA kita kembali... setiap yang hidup pasti akan mati... kita yang masih hidup akan menyusul nanti... KAMI SAYANG CIKGU !!! tapi ALLAH LEBIH SAYANGKAN CIKGU !! kami sentiasa doakan kebahagiaan cikgu di alam sana.. amin.. Kami mohon kemaafan atas segala kesalahan dan kekhilafan kami selama ini... walaupun kita hanya berkesempatan utk bertemu dalam seketika sahaja, namun cikgu tetap dalam ingatan kami... YOU ARE THE BEST !! DOA kami sentiasa mengiringi cikgu... 1.JULAI.2010 - tarikh yang membunuh hubungan kita, seakan tiada lagi kesempatan utk kita bertentang mata... terlalu berat rasa hati utk menerima berita kemalangan cikgu... namun ALLAH lebih mangetahui yang terbaik buat cikgu... "kesakitan yang ALLAH berikan kepada cikgu adalah penghapus dosa-dosa lalu cikgu"... ALLAH telah menunjukkan kasih sayangNYA terhadap cikgu... cikgu jangan risau, kami akan menyusul.... ^^
Teringat kembali pertama kali melihatnya, iaitu pada hari pendaftaran sekolah. Tidak sangka juga beliau akan mengajar di kelas kami utk mata pelajaran MATEMATIK TAMBAHAN. Beliaulah guru yang pertama masuk ke kelas kami pada hari pertama persekolahan. Sepanjang beliau mengajar kami, telah terbukti beliau seorang yang amat tegas. Kami hanya berkesempatan diajarnya hanya dalam beberapa minggu sahaja. Disebabkan beliau seorang yang tegas, kami pula mula memBENCInya. Kami memang tidak pernah menegurnya selepas beliau berhenti mengajar kelas kami. Entah apa yang membuatkan kami terlalu benci terhadapnya. Namun, pada 28.JUN.2010, bermulanya perhubungan kami. Baru kami sedar bahawa BENCI yang selama ini adalah SAYANG... itulah yang terindah. Bermula dari tarikh itu, kami mula menyayanginya. Tiada lagi perasaan benci di hati kami... YA ALLAH, begitu besar DOSA kami membencinya selama ini.. di sekolah juga kami mula menegurnya walaupun tidak selalu. Dan rasa menyesal itu muncul jua akhirnya...
MAAF !! itulah ucapan yang kami tidak sempat kami ucapkan padanya apabila mendengar berita KEMALANGANNYA pada 1.JULAI.2010... YA ALLAH... hanya air mata yang mengalir... tiada kata yang dapat diungkapkan... PERSAHABATAN kami bina hanya SEKETIKA. Itu hanyalah IMPIAN yang TAK TERCAPAI.. kami tidak putus-putus berdoa untuk kesembuhannya...
Sepanjang dirawat di HOSPITAL SIBU, tiada peluang untuk kami melawatnya. Hanya ALLAH yang tahu betapa inginnya kami untuk bertemu dengannya. Kami hanya mampu menerima hakikat bahawa pertemuan terakhir kami adalah pada hari KEMALANGANnya..
0 Comments:
Post a Comment